SHIPPING POLICY
Kami di TWINS DOT COM ENTERPRISE (TWINS) memahami bahawa penghantaran tepat dan selamat amat penting kepada pelanggan kami. Oleh itu, setiap pesanan akan diproses dengan cermat bagi memastikan produk tiba dalam keadaan baik.
1. Kawasan Penghantaran
- Kami menghantar ke Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pada masa ini, kami tidak menghantar ke Sabah, Sarawak, dan Labuan atas sebab keselamatan produk.
Produk kami termasuk barangan plastik dan bahan fragile yang berisiko pecah semasa perjalanan jauh.
2. Tempoh Pemprosesan dan Penghantaran
- Semua pesanan akan diproses dalam masa 1–3 hari bekerja selepas pembayaran disahkan.
- Tempoh penghantaran mengambil masa antara 3–7 hari bekerja, bergantung kepada lokasi dan pihak kurier.
- Pesanan yang dibuat pada hujung minggu atau cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
3. Caj Penghantaran
- Caj penghantaran dikira berdasarkan berat dan destinasi semasa checkout.
- Kami bekerjasama dengan penyedia logistik yang dipercayai seperti J&T, DHL, dan NinjaVan bagi memastikan penghantaran yang pantas dan selamat.
4. Barang Rosak Ketika Penghantaran
Kami mengambil serius isu kerosakan. Sekiranya anda menerima produk yang rosak:
- Sila hantar gambar dan video jelas dalam tempoh 48 jam selepas diterima kepada pasukan sokongan kami.
- Sertakan nombor pesanan dan nama penuh.
- Kami akan menilai laporan anda dan, jika disahkan, kami akan menggantikan barang atau memproses refund mengikut polisi kami.
5. Kelewatan Penghantaran
- Kelewatan mungkin berlaku disebabkan faktor luar seperti cuaca, trafik logistik, atau bencana alam.
- TWINS tidak bertanggungjawab terhadap kelewatan di luar kawalan kami, tetapi kami akan membantu menjejak dan memantau status penghantaran anda.
6. Status Penghantaran
Setiap pesanan akan diberikan nombor penjejakan (tracking number) melalui emel atau WhatsApp selepas penghantaran dibuat.
Pelanggan boleh menyemak status terkini melalui laman kurier masing-masing.